ISTERI kepada lelaki yang didakwa memukul dan melempar anaknya dalam kejadian di depan sebuah rumah dekat Kulim, Kedah, seperti tular baru-baru ini menafikan suaminya melakukan tindakan tersebut.
Shahreen Fazlin Yahya, 27, berkata, maklumat disebarkan di sosial media mengenai kejadian berkenaan adalah tidak tepat dan disebarkan pihak yang tidak mengetahui mengenai perkara sebenar.
Menjelaskan kejadian tersebut, dia mendakwa, suaminya langsung tidak mempunyai niat untuk mendera atau memukul anaknya seperti yang cuba digambarkan dalam hantaran video terbabit.