TULAR video seorang individu wanita meluahkan rasa kesal apabila rakannya bertindak melarikan diri dari rumah sewa yang ditumpangkannya itu.
Video yang dimuat naik di laman Threads itu memaparkan sebuah bilik dikosongkan oleh penghuni berkenaan berang gara-gara ditegur membawa masuk teman lelaki ke rumah dan hanya beberapa barang sahaja yang tinggal.
Dia yang dikenali sebagai mrs.honeylotus meluahkan rasa kesalnya dengan berkata, “Hari ini hari jadi aku tapi hadiah yang paling aku rasa sangat sakit hati aku dapat.