PENGGUNA jalan raya berdepan detik-detik cemas apabila sebuah lori tumbang secara tiba-tiba ketika berada di sebuah lebuh raya di Jelapang, Perak baru-baru ini.
Kejadian yang sempat dirakam dan tular di media sosial sejak Ahad itu difahamkan tidak melibatkan sebarang kemalangan atau kematian.
Menerusi video tular itu, lori berkenaan dilihat berada di lorong kiri sebelum secara perlahan tumbang ke kiri mengenai papan tanda di tepi semak.