SEORANG penunggang basikal hampir menempah maut apabila dia terjatuh selepas bergesel dengan rakannya di sebuah jalan raya pada baru-baru ini.
Melalui satu video tular yang dimuat naik di laman media sosial X (Twitter) pada Isnin, kejadian itu berlaku pada Ahad.
“Takut tengok hobi orang berbasikal ini. Nasib umur masih panjang. Hampir kena gilis kereta selepas bergesel sesama sendiri,” ciapnya @anthraxxx781.