SEBANYAK tiga buah lori terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 157 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi Khamis.
Menerusi video tular di media sosial, kemalangan dipercayai berlaku di laluan Nibong Tebal menuju ke Batu Kawan, berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap.
Punca kemalangan juga dipercayai disebabkan sebuah tayar yang tercabut daripada salah sebuah kenderaan terbabit.