SATU insiden dipercayai kegiatan samun membabitkan dua lelaki bersenjata dirakamkan berhampiran sebuah bank dekat Masjid Tanah, Melaka pada Isnin.
Kejadian yang didakwa berlaku pada awal pagi itu, turut memaparkan detik mencemaskan apabila mangsa sanggup bertindak berani merempuh sebuah kereta lain secara mengundur ketika dikejar dua individu terbabit.
Bersenjatakan parang, pemuda berbaju serba hitam itu kemudiannya cuba memecahkan pintu kenderaan tersebut namun gagal apabila pemandunya terus memecut laju beredar dari lokasi berkenaan.