DUA penunggang motosikal mengalami kecederaan selepas dilanggar lari sebuah kereta di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.
Kejadian yang berlaku di Kampung Tikat dekat Jalan PCB kira-kira pukul 6 petang itu dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu Myvi kerana diilhat keluar simpang secara melulu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan pengguna Facebook, Are Rul II, pemandu kereta berwarna perak dilihat keluar dari simpang sebelum sebuah motosikal yang dinaiki dua individu tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut.