SEBUAH syarikat kontraktor perumahan berdepan tindakan tatatertib oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong, Selangor pada Selasa.
Ia dipercayai ekoran salah laku pihak kontraktor terbabit yang didakwa menjalankan kerja penggalian di kawasan terlarang, sekali gus mengakibatkan letupan api di kawasan terbabit.
Menerusi ciapan di laman X (Twitter), notis amaran ‘syarikat ini sedang dikenakan tindakan tatatertib’ jelas terpampang pada laman rasmi syarikat berkenaan.