KECOH di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan suasana tegang yang berlaku melibatkan Pengerusi Persatuan Kebajikan SurPlus Pulau Pinang (SurPlus) dan seorang individu dipercayai pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter (X) @KerajaanInsider, Pengerusi Surplus, Sophian Mohd Zain bersama beberapa ahli lain dilihat sedang bergaduh mulut dengan pengawal peribadi kepada Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik.
Berdasarkan perkongsian tersebut, pengawal peribadi tersebut didakwa telah membuat kekecohan terhadap pasukan Surplus yang pada ketika itu dikatakan sedang membuat serbuan warga asing di beberapa premis di lokasi itu yang turut menempatkan pejabat Malik Streams Corporation Sdn Bhd iaitu salah satu anak syarikat milik Datuk Malik.
Dato Malik ‘penjaga’ warga Bangla dan Rohingya