KECOH premis perabot terkemuka di Selayang, Selangor apabila sebuah keluarga bertindak ganas dan mendakwa ditipu dengan pembelian barangan tidak berkualiti pada Selasa.
Difahamkan, keluarga terbabit sebelum ini membeli sebuah perabot berharga lebih RM5,000 namun, sebaik ia dihantar ke rumah, kondisi barangan itu tidak seperti yang dijanjikan.
Mendakwa ia merupakan barangan contoh dipamerkan di premis terbabit, ia sekali gus mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang hampir menumbuk pemilik kedai berkenaan.