RESIPI ‘pisang maut’ ciptaan seorang petani lelaki mengundang kecaman hebat apabila ia dianggap sebagai perosak habitat haiwan.
Menggunakan ia sebagai salah satu alternatif untuk membunuh hidupan liar, ia bertujuan mengelak daripada tanamannya dimusnahkan haiwan seperti kera, gajah, babi hutan dan lain lain.
Jelasnya, kaedah itu mampu menyelesaikan masalah petani yang kerap mengalami kerugian mencecah ratusan ribu akibat kemusnahan hasil tanaman di kebun.