PENYANYI rap, Caprice mendakwa isterinya menerima satu ‘barang’ dipercayai benda mistik yang diletakkan di atas bonet kereta pasangannya itu di tempat parkir kediaman mereka.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri beliau atau nama sebenarnya Ariz Ramli di Instagramnya pada Selasa.
Berdasarkan klip dikongsikan itu, ‘barang’ yang dibungkus seperti mayat dikafankan itu terdiri daripada pelitup muka berwarna hitam dengan tisu putih.