SEORANG kanak-kanak yang berpakaian sekolah nyaris maut apabila hampir dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, Ketiau, Putatan, Sabah pada pagi Jumaat.
Menerusi rakaman tular berdurasi 11 saat di media sosial, kedengaran seorang lelaki menjerit ‘Allahuakbar’ ketika menyaksikan kemalangan tersebut yang dipercayai melibatkan kira-kira 13 kenderaan.