SEORANG pengguna media sosial sempat merakam muka individu yang dipercayai menjadi dalang di sebalik aktiviti penipuan dalam talian membabitkan pautan palsu di aplikasi WhatsApp.
Pengguna terbabit yang hanya dikenali sebagai Saud.ishak berkongsi pengalamannya di laman Thread selepas terpedaya dengan satu pautan yang diterimanya menerusi mesej WhatsApp.
Menurut Saud, dia tidak menyedari pautan mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tersebut merupakan pautan palsu dan terus menekannya.