HAJAT seorang pelanggan untuk menikmati sajian mi segera yang dihidangkan bersama ayam goreng terbantut apabila mendapati ayam tersebut dipenuhi dengan ulat.
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok @bluebirdsky, kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah restoran Pakistan dekat Melaka, sekitar pukul 8 pagi pada Isnin lalu.
Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit itu, kelihatan beberapa ulat berkeliaran di sebalik ayam goreng di atas pinggan wanita berkenaan.