SEORANG lelaki hanya mampu meraung dan menangis ketika melihat jenazah anaknya yang maut dalam kemalangan di Taman Senai Utama menghala Saleng dekat Senai, Johor pada Isnin.
Video kejadian itu juga dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan turut tular di laman media sosial dan Telegram pada hari yang sama.
“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori selepas Jejantas Taman Senai Utama menghala Saleng kira-kira pukul 7 malam Isnin,” katanya.