SEORANG wanita tidak dapat menahan sebak apabila melihat mayat seorang lelaki dipercayai anaknya sudah ditutup kain putih selepas maut dalam kemalangan di Batu Tampoi dekat Langkawi, Kedah pada Ahad.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan di media sosial, tragedi malang itu berlaku selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.
“Kemalangan di Batu Tampoi, jalan licin dan mangsa hilang kawalan. Penunggang motosikal maut di tempat kejadian. Lagi emosi nampak ibu mangsa meraung menangis dalam hujan,” tulis individu tersebut.