PENDUDUK sekitar Taman Seri Alam Hillpark, Saujana Utama dekat Sungai Buloh, Selangor sekali lagi digemparkan dengan kejadian tembok kolam air tadahan hujan pecah berhampiran kawasan perumahan tersebut pada Rabu.
Kejadian yang berlaku awal pagi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk memandangkan tembok kolam tersebut dikatakan baru sahaja siap dibina beberapa bulan lalu.
Satu rakaman video insiden tersebut turut tular di laman Facebook LANDO Zawawi – Brotherhood Malaysia sekali gus mengundang pelbagai reaksi warga maya.