KEBELAKANGAN ini, kes pemandu menghalang kenderaan ambulans kian meruncing apabila beberapa individu ditahan polis atas kesalahan tersebut.
Terbaharu, isu itu sekali lagi menjadi bualan warganet apabila seorang pemandu Toyota Vios berwarna merah pula didakwa melakukan perbuatan sama di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak pada Selasa.
Disyaki sengaja melakukan kelakuan tersebut, individu berkenaan dirakam memandu laju di lorong kanan dan enggan memberi laluan kepada kenderaan ambulans terbabit.