Dengar Suria

Viral

‘Macam lepaskan kuda berlumba’, peniaga gesa PBT perbaiki sistem pemilihan tapak bazar di Muar

MENJELANG bulan puasa, tular di media sosial menyaksikan para peniaga di bazar Ramadan terpaksa berebut untuk mendapatkan tapak niaga mengakibatkan suasana yang tidak terkawal dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Muar, Johor itu turut mengakibatkan beberapa individu terjatuh akibat rempuhan orang ramai yang berpusu-pusu mahu mendapatkan nombor undian tapak bazar Ramadan.

Menerusi video tular berdurasi 23 saat itu, apabila pintu masuk dibuka, para peniaga yang sudah lama menunggu dilihat berpusu-pusu bagai kuda terlepas dari kandang dengan mereka berasak-asak dipercayai mahu mendapatkan nombor undian.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%