SEORANG imam di Masjid Jamek Ara Kuda cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Kampung Tun Sardon Bawah, Pulau Pinang pada Jumaat.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook Hasrul Nizam pada Sabtu, mangsa yang menunggang motosikal tercampak dan terjatuh akibat terlanggar bonggol yang tidak berwarna di lokasi kejadian.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa dipercayai tidak sempat berhenti lalu melanggar bonggol kecil tersebut.