ISLAM tidak melarang untuk selawat bagi dilagukan dengan muzik termasuk lagu-lagu popular masa kini.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara itu dibenarkan selagi ia tidak melekakan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sebuah video tular memaparkan nyanyian selawat seorang pendakwah popular bersama penyanyi tanah air, Datuk Siti Nurhaliza yang tersebar di media sosial baru-baru ini.