SEORANG wanita yang bertugas sebagai ‘caddy’ cedera parah dipercayai terkena bola golf ketika sedang melakukan aktiviti tersebut pada Sabtu.
Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam menerusi aplikasi WhatsApp, mangsa dilihat terbaring di atas jalan dengan kesan darah di kepalanya.
Menurut informasi tersebut, mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.