SELEPAS lama berteka-teki mengenai hubungan cintanya, penyanyi Sufian Suhaimi selamat bergelar suami kepada Rania Al Sadat pada pagi Jumaat.
Pasangan ini dilaporkan melangsungkan pernikahan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat.
Hubungan cinta Sufian (tengah) dan Rania (kanan) berakhir di jenjang pelamin.
Menerusi perkongsian video di Instagram milik Sufian, penyanyi lagu Di Matamu ini turut berkongsi video dia dan isteri sedang merakamkan foto bahagia di perkarangan masjid berkenaan.
Sebelum ini, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Dah tiba masa sesuai, Sufian Suhaimi rancang kahwin tahun ini… Persiapkan diri sebelum jadi suami
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Sufian Suhaimi dan bekas kekasih kembali jalin hubungan cinta, putus bukan kerana orang ketiga
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama mStar pada Januari lalu, Sufian mendedahkan hubungan mereka sudah kembali terjalin.
Untuk rekod, pada Oktober 2023 Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.
Sekadar info, Sufian pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy pada 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!