PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan ramai apabila menjuarai Kumpulan G, selepas menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian, pada Rabu malam.
Aksi cemerlang itu Zii Jia sekali gus menyaksikan pemain berusia 26 itu melangkah ke peringkat 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024.
Zii Jia memperoleh kemenangan mudah dengan keputusan 21-10, 21-13 dalam masa 34 mini, dalam perlawanan terakhir kumpulan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena.