PEMAIN perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila berjaya merangkul pingat kedua buat negara.
Pemain ranking ketujuh dunia itu meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang ketika menentang Lakshya Sen dari India dengan kemenangan 21-16, 21-11 pada aksi penentuan tempat ketiga di Porte de La Chapelle Arena, Paris, pada Isnin malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian emas lebur… Zii Jia terkandas di separuh akhir