Dengar Suria

Sukan

Zii Jia atlet pertama tolak bantuan kerajaan — Lee Chong Wei

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).

Bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu, berkata, tindakan pihak Zii Jia yang ‘mendiamkan diri’ hingga hari terakhir bagi memberi maklum balas kepada RTG seolah-olah petanda bahawa pemain nombor ke-11 dunia tersebut tidak akan menandatangani persetujuan komitmen (LOC) di bawah program itu.

Sewaktu zamannya bergelar pemain hinggalah menggantung raket empat tahun lepas, Chong Wei berkata, beliau tidak pernah lagi melihat mana-mana atlet kebangsaan menolak sebarang bentuk bantuan ditawarkan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%