SALAH satu elemen yang diraikan dalam bola sepak adalah nilai fair play oleh setiap pemain setiap kali beraksi.
Fair play merupakan satu nilai yang mana pemain bermain dengan semangat kesukanan tinggi tanpa perlu menggunakan kekerasan hingga menyebabkan mereka diberikan kad kuning atau merah oleh pengadil.
Di Liga Super, ada beberapa kelab yang mempunyai rekod disiplin yang dikira ‘bersih’ sekali gus mengamalkan nilai fair play setiap kali beraksi.