PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima nafas baharu selepas badan induk itu selesai menjalani Kongres Tahunan FAM-61 2025 sekali gus menerima kehadiran presiden serta ahli baharu.
Antara muka baharu ialah duo legenda bola sepak kebangsaan iaitu Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang akan menerajui FAM baharu bersama-sama Presiden, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub.
Namun begitu, muka-muka lama masih kekal memegang jawatan mereka seperti Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.