KEJAYAAN PDRM FC untuk mengesahkan kemaraan ke pentas akhir MFL Challenge Cup menyaksikan skuad Harimau Kumbang tersingkir daripada pertandingan berkenaan dengan agregat 1-4.
Jadi, melihat kepada kegagalan Penang FC untuk melangkah ke perlawanan akhir selain prestasi yang membimbangkan dalam persaingan Liga Super 2023, pihak pengurusan Penang FC mengambil keputusan membuat keputusan terhadap barisan kejurulatihan kelab.
“Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid direhatkan sehingga selesai Liga Super musim 2023,” tulis kelab berkenaan menerusi satu kenyataan media pada Selasa.
Kenyataan media mengesahkan Yee Fatt dan Manzoor digugurkan daripada jawatan masing-masing. — Facebook/Penang FC