JOHOR Darul Takzim (JDT) mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dalam Malaysia yang menjuarai Liga Super buat 10 kali berturut-turut.
Biarpun Liga Super masih berbaki empat perlawanan, Harimau Selatan sudah bermain ‘bunga api’ lebih awal selepas mudah menundukkan PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.
Skuad kendalian Esteban Solari yang memenangi empat trofi musim lalu kini sudah memiliki dua kejuaraan tahun ini selepas mempertahankan gelaran Piala FA