DOMINASI Indonesia dalam Cherating International Surf Festival 2024 begitu sukar untuk digugat apabila mereka menguasai empat daripada tujuh kategori yang dipertandingkan.
Dalam pertandingan yang diadakan pada 8 hingga 11 Februari itu, seramai 134 peserta tempatan dan antarabangsa menyertai cabaran yang diadakan di tempat lahirnya sukan meluncur dekat Malaysia.
Dianjurkan oleh Cherating Surf Club (CSC), terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu shortboard lelaki dan wanita, longboard lelaki dan wanita, grommet, master dan bodyboard.