SIAPA yang mengikuti perjalanan Liga Super musim lepas, pasti masih mengingati Kelantan FC memecahkan rekod pasukan terbanyak bolos 100 gol dalam sejarah kejohanan tertinggi Liga Malaysia (Liga M) sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004.
Kejadian memalukan menimpa kem The Red Warriors (TRW) itu bermula apabila mereka mengalami isu tunggakan gaji sehingga menyebabkan beberapa tonggak utama angkat kaki dan memaksa pengurusan menggunakan khidmat pemain muda yang kurang berpengalaman.
Wabak bolos 100 gol itu nampaknya bukan hanya berlaku dalam saingan domestik selepas pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United seakan-akan ‘berjangkit sama’ apabila baru sahaja mengulangi rekod pasukan Pantai Timur berkenaan.