PROSES pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal dilaksanakan tidak lama lagi selepas penubuhan selepas kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam, Selangor dijangka selesai pada pertengahan tahun hadapan.
Perkembangan terbaharu berkenaan dikongsi sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengesahkan bahawa proses perobohan berkenaan sudah bermula dan ia akan mengambil masa kira-kira setahun untuk menyelesaikannya.
Menurut Amirudin, pemasangan ‘hoarding’ sudah dilaksanakan dan ia adalah gerak kerja awal dalam proses perobohan bekas rumah Gergari Merah berkenaan.