PEMAIN import Sri Pahang FC, Manuel Federico Hidalgo menegaskan pasukannya bersedia untuk berdepan Sabah FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu (18 Januari).
Bercakap kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Hidalgo menegaskan skuad Tok Gajah sedang melakukan persiapan terbaik untuk berdepan cabaran Sabah.
“Saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar.