AKSI bola sepak di negara-negara Amerika Selatan, terutamanya sekitar Brazil dan Argentina sering menyajikan insiden yang sukar dilupakan peminat.
Baru-baru ini, satu kejadian menarik direkodkan ketika pertembungan dua kelab gergasi, Botafogo dan Fluminense dalam saingan Carioca Serie A di Brazil pada Isnin.
Perlawanan yang juga dikenali sebagai ‘Derby Rio de Jainero’ itu sememangnya dinanti-nantikan melihat kepada rekod cemerlang mereka bertahun-tahun lamanya.