CITA-CITA besar diletakkan pemain muda bola sepak negara, Qaseh Rania Najib apabila dia memberanikan diri dengan mencuba nasib memulakan karier di Eropah.
Ini selepas dia menghadiri tempoh percubaan buat sebuah kelab berpangkalan di Jerman, VfL Wolfsburg yang merupakan antara pasukan terbaik dalam negara.
Selain pernah menjuarai Liga Juara-Juara Wanita UEFA (UWCL) sebanyak dua kali, pasukan bimbingan Tommy Stroot itu kerap melahirkan pemain muda berkualiti dengan membuka pintu luas buat mana-mana ‘ubi muda’ berpotensi.