SELEPAS lebih 20 tahun berbakti dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), Amri Yahyah akhirnya sah mengumumkan persaraan apabila kempen Liga Super 2023 berakhir pada Ahad.
Sabah FC berjaya menutup tirai saingan Liga Super dengan merebut tangga ketiga selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 2-0.
Sebut sahaja nama legenda Selangor FC, Amri Yahyah, pastinya semua penyokong bola sepak tanah air mengenalinya sebagai ‘budak nakal’.