SELEPAS Terengganu FC (TFC), kini giliran Kuala Lumpur City FC (KL City) pula yang terpaksa berputih mata apabila tewas di tangan kelab gergasi Thailand, Buriram United dengan keputusan 0-1 sekali gus terkeluar daripada saingan Piala Shopee pada Khamis (6 Februari).
Jaringan tunggal Lucas Crispim pada minit ke-37 berjaya menendang keluar anak-anak buah Miroslav Kuljanac yang terpaksa turun tanpa kudrat Paulo Josue yang digantung akibat layangan kad merah dalam perlawanan terdahulu.
Keputusan itu mungkin sudah dijangka oleh penyokong tempatan yang mengetahui rekod baik Buriram United dalam saingan ACLE dan kejohanan domestik.