BINTANG import Johor Darul Ta’zim (JDT), Francisco Geraldes sah menyertai kelab berpangkalan di New Zealand, Wellington Phoenix selepas tempoh pinjamannya bersama CD Eldense tamat.
Perpindahan rasmi itu diumumkan oleh pihak pengurusan Wellington Phoenix dalam semua platform media rasmi pasukan.
Geraldes sah menyertai Wellington Phoenix yang beraksi di A-League Men (Australia) sebelum beberapa jam jendela perpindahan Liga Australia tutup.