MENJELANG perlawanan Liga Super 2024, Kelantan Darul Naim (KDN) FC bakal berdepan cabaran hebat daripada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dalam menghadapi perlawanan tersebut, KDN FC dijangka menurunkan barisan pemain tempatan sebagai usaha mengukuhkan pasukan.
Perkembangan itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X.