JORGE Masvidal boleh diangkat sebagai salah seorang ahli seni mempertahankan diri (MMA) terbaik dalam sejarah sukan itu di Amerika Syarikat.
Dia yang beraksi secara aktif selama 10 tahun bermula 2003 pernah meraih pelbagai kemenangan bermakna dalam kategori welterweights dan heavyweights.
Rekodnya yang cemerlang menyaksikannya memiliki pengikut yang ramai dengan ada yang menganggapnya sebagai salah seorang atlet terbaik dalam sukan berkenaan.