TERENGGANU FC (TFC) memberikan kesukaran buat Selangor FC menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 September nanti.
Ia selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berjaya menewaskan Gergasi Merah di hadapan ribuan penyokong sendiri sekali gus membawa bekalan selesa agregat 2-0.
Dalam perlawanan itu, corak agresif Sang Penyu di depan gawang yang disusun sejak awal permainan menyaksikan Ivan Mamut dan Syahmi Zamri berjaya merobek gawang gol Selangor.