KUALITI dan reka bentuk jersi kelab-kelab Liga Super sememangnya cukup mengagumkan beberapa tahun kebelakangan ini apabila ia beberapa kali dipakai peminat bola sepak dari luar negara.
Pasukan gergasi seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC merupakan dua contoh terbaik apabila reputasi mereka sudah diketahui sekitar Asia.
Tetapi, masih sukar untuk kelab-kelab tempatan cuba menembusi pasaran di Eropah memandangkan terdapat lambakan pasukan yang memiliki reka bentuk jersi yang lebih menarik dan bergaya.