PERTEMUAN ‘derby’ London berlangsung dalam bola sepak wanita England pada Ahad apabila Chelsea menentang Arsenal untuk Piala Conti Wanita.
Aksi yang diadakan di Stadium Molineux berkenaan menyaksikan skuad The Gunners muncul juara selepas Stina Blackstenius menjaringkan gol pada masa tambahan.
Kemenangan mereka itu menyaksikan skuad The Blues gagal meraih kejuaraan ‘quadruple’ dengan mereka masih bersaing dalam tiga kejohanan lain.