KESUKARAN untuk mendapatkan minit permainan mendesak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk berhijrah secara pinjaman ke kelab Iceland, Njardvik FC dari pasukan asalnya, KV Kortijk.
Perpindahan yang dimeterai pada awal Januari lalu itu sememangnya disokong ramai kerana minit permainan dilihat cukup penting buat pemain berkenaan.
Meskipun langkah tersebut dilihat sebagai ‘langkah ke belakang’ buat Luqman, ia masih dipuji kerana dia meraih lebih banyak peluang di Iceland.