PEMAIN tenis Kazakhstan, Yulia Putintseva tampil membuat permohonan maaf selepas dikecam kerana berkelakuan buruk terhadap seorang gadis pengutip bola dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.
Selepas pemain berusia 29 tahun itu tewas dalam set pertama dan ketinggalan 4-2 di set kedua, berlaku insiden kurang menyenangkan ketika gadis pengutip bola cuba melemparkan bola kepadanya sebelum dia melakukan servis.
Putintseva dilihat tidak menangkap bola yang dilemparkan kepadanya sebanyak tiga kali, sebaliknya hanya merenung gadis itu dengan pandangan tajam, sambil tangan diletakkan di sisi badannya.