DESAS-DESUS kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde dikatakan bakal meninggalkan pasukan untuk mencari haluan baharu akhirnya terjawab apabila pihak pengurusan KDA FC memaklumkan perpisahannya bersama kelab berkenaan pada Isnin (2 Disember).
Pengumuman dibuat pengurusan KDA FC yang turut merakam ucapan penghargaan buat pemain import kelahiran Haiti itu sepanjang kerjayanya bersama Sang Kenari sejak musim lalu.
Sony yang memiliki pengalaman luas dalam Liga Malaysia (Liga M) sejak musim 2020 bersama Melaka United (MUFC) dan kemudian bersama Terengganu FC (TFC) pada 2023 dan 2024 bersama Kedah, bakal mengembangkan bakatnya di luar Liga Malaysia.