PEMINAT bola sepak sebulat suara bersetuju penyerang sayap, Sadio Mane sepatutnya dibuang padang berikutan terjahan melulu terhadap Ibrahim Sangare semasa pertembungan Pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) antara Senegal dengan Ivory Coast pada Selasa.
Bintang Al-Nassr itu yang masih belum mempamerkan potensi penuhnya pada kejohanan Afcon edisi 2023 itu mencuri tumpuan penyokong apabila terlepas dari hukuman kad merah selepas jelas sekali melakukan terjahan keras.
Sebelum insiden itu, Pemain Terbaik Afrika sebanyak dua kali itu memainkan peranan penting dengan memberikan hantaran bantuan (assist) kepada Habib Diallo untuk gol pembukaan dalam perlawanan berkenaan.





