BEKAS pemain Jerman, Mesut Ozil menyifatkan pertahanan Manchester United serta penjaga golnya, Harry Maguire dan Andre Onana berjaya mengunci mulut pengkritik mereka.
Ozil menyatakan sedemikian selepas United berjaya menundukkan FC Copenhagen 1-0 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu.
“Maguire dan Onana memang layak – berjaya mendiamkan ‘haters’ mereka,” katanya ringkas dalam satu ciapan di laman X miliknya.